Pengguna
  • 7.4
  •  
Softonic
  • 9
  •  
Lesen:
Versi percubaan
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows 2000
  • Windows XP
  • Windows 2003
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
Versi terbaru:
Game of the Year Edition 2.22009-05-06
Muat turun bulan lepas:
4,854,152
Saiz:
0.11 MB
Pembangun:

Berkebun kini diancam zombi berbahaya

Permainan mempertahankan menara sudah pun mati, tapi PopCap telah memberi nafas baru kepada satu genre yang lazimnya membosankan menerusi Plants vs Zombies.

Menggunakan kemahiran berkebun anda, dengan bantuan Crazy Dave sesekali, anda perlu menuai cahaya matahari untuk membina tentera tumbuh-tumbuhan untuk memusnahkan segerombolan zombi yang mendekati. Setiap pusingan Plants vs Zombies bermula dengan halaman kosong, dan anda perlu membina pertahanan, biasanya bermula dengan bunga matahari yang menghasilkan matahari, kemudian penembak kekacang, dan seterusnya.

Sewaktu anda mara menerusi Plants vs Zombies anda diberi gedung senjata yang lebih besar termasuklah periuk api, bom dan selainnya. Bila keupayaan anda meningkat, begitu juga pihak zombi - anda akan temui sebaris zombi yang memerlukan taktik berlainan untuk dimusnahkan. Demo 60 minit ini memberikan pengenalan hebat kepada permainan yang sangat seimbang ini. Zombi penyerang disusun sebaiknya, supaya anda sentiasa tertekan untuk terus menanam, pun begitu hanya jika permainan anda sangat teruk barulah anda akan dibolosi dan tewas.

Grafiknya menghiburkan dan terperinci, sementara bunyi menonjolkan kesan menggelikan hati yang tak pernah menjengkelkan. Permainan utama dipecahkan kepada permainan mini, seperti boling, agar ia tetap segar. Campuran strategi masa nyata dan zombi kartun sukar dibendung dan sukarnya menggambarkan seseorang yang tidak seronok bermain Plants vs Zombies

Plants vs Zombies menceriakan, menyoronokkan dan permainan menyebabkan ketagihan luar biasa. Cubalah!

Bagus
  • Corak permainan seimbang
  • Bunyi hebat
  • Kelakar
Tidak bagus
  • Sesetengah orang mendapatinya terlalu lembut

Muat turun: Paling Banyak Strategi Masa Nyata

  1. PES 2012

    Sim bolasepak yang pintar dan cantik dilihat

  2. Plants vs. Zombies
  3. Minecraft
  4. Call of Duty 4
  5. Need For Speed World